Tampilkan postingan dengan label Rabat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Rabat. Tampilkan semua postingan

Bagaimana anda Melancong ke Morocco/Maghribi

10/11/2017 Add Comment
Masjid Hassan II Casablanca, Morocco.

Tour & Guide Morocco.- Suhu di Rabat agak suam sekarang tapi berangin. Jadi, puasa kali ni takdelah mencabar sangat berbanding bulan-bulan Ramadhan yang lepas. Aku lebih banyak duduk rumah daripada bersidai-sidai dekat luar. Lagipun dekat Maghribi ni gadis-gadis dia boleh tahan tahap dedahannya. 

Bulan Ramadhan tapi baju tetap nak style akak Katty Perry. Bulan Zulhijjah, Muharram atau Safar apatah lagi. Memang berlambak-lambak Kim Kardashian dengan Pamela Anderson lalu lalang jalan kucing gedik. Elok fuel tank pahala aku penuh, keluar rumah terus kelip-kelip merah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik memerap dalam rumah beramal ibadat. Tidur pun ibadah apa! Tiba-tiba rasa insecure. Ahahah..

Sebenarnya, aku nak cerita pasal trip aku ke Marrakech sebelum puasa hari tu. Yelah, mesti korang teruja nak tahu antara tempat wajib pergi sekali seumur hidup tu kan. Kalau teruja lah. Kalau tak teruja, aku nak cerita jugak. Ngehngehngeh.. TAPI, adalah lebih baik aku mulakan dahulu dengan bagaimana korang semua boleh sampai ke Maghribi. So, mudah sikit nak dapatkan gambaran. Kang tiba-tiba pulak sampai Marrakech, tidakkah tak sopan namanya tu melangkah bendul. Bukan apa, nanti aku pung pang pung pang cerita cara nak sampai Marrakech, nak sampai ke Maghribi pun tak nampak jalan lagi. Apa kejadahnya semua ini? Okeh, to our dear passengers, please fasten your seat belt and enjoy the journey. Cewah, baru ada feel sikit ye tak?

Link
Baiklah, untuk seseorang traveler bajet hardkore dan pelancong kos sederhana ke Maghribi ada beberapa jalan yang korang boleh gunakan dengan kos yang ekonomi dan murah. Di sini aku hanya senarai kan jalan udara iaitu kapal terbang sahaja okeh. Jalan laut atau jalan darat dari Malaysia aku tak tahu. Naik kapal kargo MISC mungkin murah kot. Tapi aku tak rasa Fatt nak save bajet dengan cara terbabit. ahaha.. Lagi satu, kita sebagai pemegang pasport Malaysia hendaklah mengapply visa seblum masuk ke negara ini. Siapa yang nak keluar Morocco dan nak masuk balik kenalah apply double visa. Ada faham? Baiklah, here we go :

1. LCCT – Stansted, London – Marrakech/Fez
Korang boleh naik Air Asia (AA) terus ke Airport Stansted di London kemudian naik Ryan Air ke Marrakech atau Fez. Inilah jalan yang aku gunakan untuk balik Morocco tahun lepas dengan harga yang super duper MURAH iaitu dengan harga tiket bernilai RM 1060 sahaja. Ini kerana aku beli tiket bila AA buat Merdeka Fairs tahun lepas. Jauh lebih murah dari airlines komersial yang lain seperti MAS, Turkish Airlines, Saudi, Qatar ataupun Etihad. Fo yo infomesyen, harga RM 1060 itu termasuk harga AA dan Ryan Air ye. Siap makan 2 kali, comfort kit dan lebih kilo untuk barang kargo. Murah kan? Lagi murah dari gelang Rosmah Mansor jota-jota rengget tu. Astaghfirullah, puasa. Maaf Kak Ros. Setakat ini, jalan inilah yang terbaik buat kita traveler nan ado ni ye Kemang. Kakakka… Kejap, ada khabar-khabar kentut tersebar disini mengatakan Ryan Air tidak lagi mendarat di Fez. Korang boleh check balik, okeh.

2. Kuala Lumpur - Istanbul – Casablanca
Dari Malaysia ke Istanbul korang akan naik MAS. Boleh tapau kacang masin MAS kat stewardess kalau korang nak. Serius sedap. Back to the point. Daripada Istanbul ke Casablanca pulak korang akan naik Turkish Airlines. Harga untuk route ini bagi aku masih berpatutan dan selesa bagi yang nak melancong dengan kos sederhana. Harga tiket pergi balik adalah sekitar RM 3500. Itu harga paling maksimum. Lebih dari harga tu jangan beli. Pegi Pasar Payang kat Terengganu beli kain batik 5 helai bagi mak korang lagi baik. Macam tahun lepas, ada tiga famili student sini yang datang Morocco melalui jalan ini dengan harga tiket return RM2000 per kepala. Diorang beli kat Matta Fair menurut pak cik terbabit. Oleh yang demikian, sila lah ke Matta Fair PWTC untuk merebut peluang tersebut. Plus, kalau korang ikut Turki, korang boleh transit 2-3 hari macam yang aku buat nak balik Malaysia tahun lepas. Syiok oo Turki. Orang dia baik-baik. Kepada Akak Kucing, akak boleh buat review restoran kat Morocco pulak. Asyik Restoran Nasik Arab je. Keskeskes..kite bakor!

3. Kuala Lumpur – Doha/Abu Dhabi – Casablanca.
Jalan ni sama macam jalan kedua diatas. Harga pun lebih kurang sama dan boleh dapat murah sekitar RM 2000 tiket return masa Matta Fair. Penerbangan yang available adalah seperti Qatar Airways dan Etihad Airways. Tapi Doha dan Abu Dhabi adalah transit paling tak best. Paneh! Buat penat nak jalan kat sana. Rugi pakai Fair and Lovely empat botol, balik kulit rentung macam mumia. 

Okeh, aku dah pun senaraikan pintu masuk ke Morocco aka Maghribi. Jadi sesiapa nak datang, boleh la contact aku sementara aku ada kat Morocco sampai bulan 3 tahun depan. Boleh kita berfoya-foya sesama. Jangan risau la, takde aku nak ngap duit nye. Aku pun bukan otak bisnes punya orang. Bila lagi nak jumpa korang kat obersi kan?

Owh..aku lupa. Ada benda aku nak bagitau kepada sesiapa yang minat lowest budget trevel dan minat nak kenal budaya masyarakat sedunia, ini aku bagi link laman social CouchSurfing. Bagus web ni. Daftar dulu dan korang boleh la request nak duduk rumah kenalan dalam web tu dalam tempoh tertentu. Diorang boleh tolong bawak jalan-jalan sekali kat town diorang. Best kan? Jangan risau, kita boleh tahu yang mereka sangat boleh dipercayai dengan baca review dan recommendation dari orang yang pernah tumpang tinggal sebelum ni. Macam shopping kat E-bay lah. Minggu lepas baru je diorang buat Iftar ramai-ramai user couchsurfers dari Rabat kat McD. Tapi aku tak pegi la sebab ada Iftar tempat lain.

Apapun, aku ucapkan Ahlan wasahlan ,Marhaban Bikom dan selamat datang ke Tanah Andalus, Maghribi. Jumpa entry lain. Aku nak tidur jap. Mengantuk lepas-lepas subuh ni. Demi korang aku sanggup tau. Ececeh..okeh, aku dah macam cipan kena tembak ubat pelali dah ni. Aku nak tidur kejap barang sedas dua ni. Bye and assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.(syahiddmilikku/wisatmaroko).

By: Syahid Milikku


Note: Jika anda merupakan wisatawan, rombongan wisata, jamaah Umroh plus Maroko, wisata Maroko, Travelling, atau rombongan dosen yang membutuhkan guide/tour leader berbahasa melayu atau Indonesia selama di Morocco, silahkan kirim pesan langsung kepada kami, atau kontak kami di:

  • Adress: Amrechich C M Nord Blog 70 NR 9 Marrakech, Maroko.
  • Email: sukmahadiadi@yahoo.com
  • Telepon: +212656865703
  • Whatsapp: +212616666339
Sekedar informasi, bahwa warga negara Indonesia mendapatkan free visa selama 3 bulan kunjungan di Maroko.

Contoh Itinerary Jalan-Jalan di Maroko

9/14/2017 Add Comment
Hari 1 : Casablanca – Marrakesh


Tour & Guide Maroko. Hari ini akan dimulai dengan jalan-jalan di kota Casablanca dengan mengunjungi Masjid Hassan II Mosque yang merupakan masjid kedua terbesar di dunia dengan luas 2 hektar. Dari sini, kita juga akan mengunjungi istana Mohamed V yang merupakan pusat kota Casablanca yang memiliki bangunan penting di sana. Peserta juga akan mengunjungi katedral terbesar di Casablanca yang dibangun pada tahun 1930 sebagai perpaduan budaya Eropa dan Maroko. Kemudian, kita akan makanan sebagai makan siang. Dari Casablanca langsung menuju Marrakesh, langsung check in di penginapan di Marrakesh.

Masjid Hasan II Casablanca.

Hari 2 : City tour Marrakesh 

Hari ini Anda akan bermain ski di lokasi terbaik untuk bermain ski di Maroko di Oukaimaiden. Lokasinya terletak di Gunung Atlas yang memiliki ketinggian antara 2600 – 3200 meter dengan suhu maksimum mencapai 7 derajat Celcius. Sekembalinya ke kota Marrakesh, Anda akan diajak berkeliling Masjid Koutobia, makam Saadien, istana Bahia dan berjalan-jalan di Jemaa el-Fna. Masjid Koutoubia merupakan masjid terbesar di Marrakesh. Sedangkan makam Saadien merupakan makam 60 orang dari dinasti Saadi yang merupakan keluarga Sultan Ahmad Al-Mansur. Jemaa el-Fna merupakan pasar yang terletak di daerah Old Medina yang merupakan pusat kota tua ini.



Jemaa El Fna, Marrakech.
                        
Hari 3 : Tor Gurun Sahara, Marrakech - Kasbah Ait Benhaddou – Ouarzazate – Dades 
Perjalanan dimulai dari Marrakech menuju Ouarzazate dan Ait Benhaddou dengan menggunakan minivan melalui Tizi Ntichka dan Atlas Mountain. Anda akan diajak berkeliling dan berfoto di Ait Benhaddou sambil mencari makan siang di restoran sekitar sana untuk kemudian menuju Dades dan menginap di hotel.

Sahara Desert Maroko.






Hari 4 : Dades – Tinghir- Gurun Sahara Marzouga  
Breakfast di hotel Dades, setelah itu angsung menuju Tinghir, dari tinghit perjalanan selanjutnya akan menuju Todra Gorge di mana peserta bisa berfoto denga latar belakang tebing yang sangat tinggi. Setelah melewati beberapa tempat wisata perjalanan dilanjutkan menuju gurun sahara marzouga.

Setelah sampai di pinggir gurun, peserta akan ke tengah gurun denga menunggangi unta sekita 1 jam setengah, dan akan menginap di gurun dengan menggunakan tenda, sambil menikmati keindahan gurun, keindahan bintang dan sunset serta sunrise.


Hari 5: Sahara – Midelt – Azrou – Ifrane – Fes

Menunggu matahari terbit di gurun Sahara juga merupakan salah satu pengalaman tak terlupakan. Perjalanan kemudian dilanjutkan menuju kota Midelt yang berada di dataran tinggi di antara pegunungan Atlas melalui Ziz Valley, Erfoud, dan Rissani. Acara selanjutnya adalah makan Siang dan berfoto-foto di kota Midelt dan menuju ke Azrou yang banyak sekali terdapat cedar forest dan apabila beruntung dapat bertemu dengan monyet-monyet Dari sini, Anda akan diajak menuju ke kota Ifrane yang sering dikatakan Switzerland of Morocco dan merasakan suasana salju di kota ini.


Kota Ifrane Saat winter.
Hari 6: Fes - Volubilis – Chefchaouen (kota biru)

Berkeliling di kota Fes dengan mengunjungi gerbang besar Bab Boujloud dan pasar Talaa Kebira serta The Qarawiyyin Mosque and University. Kemudian, Anda akan diajak melanjutkan perjalanan ke Volubilis Meknes, situs ini merupakan reruntuhan penjajahan Romawi di Volubilis yang saat ini sudah diakui sebagai situs warisan dunia UNESCO dan melanjutkan perjalanan menuju Chefchaouen.


Volubilis Meknes.

 Hari 7: City Tour Chefchaouen.

Berkeliling di kota Chefchaouen sambil berfoto-foto dan menikmati pemandangan. Di sini, Anda akan diajak mengunjungi Old Medina, Plaza Uta El-Hammam, dan Grand Mosque untuk melanjutkan berkeliling di kota Chefchaouen.


Kota Chefchaouene, Maroko.

Hari 8: Chefchaouen - Rabat - Casablanca. 

Perjalanan menuju kota Rabat. Sesampainya di kota Rabat, kita akan berkeliling ke Hassan Tower, Kasbah de Oudaias yang juga merupakan salah satu situs warisan dunia UNESCO. Selanjutnya, juga akan photo stop di Jalan Soekarno yang namanya diambil dari presiden pertama kita dan menuju kota Casablanca dan check in di kota Casablanca


Oudaya Kasbah.
Hari 9: Casablanca –  Indonesia.


Siap-siap packing untuk kembali ke Jeddah dan Jakarta


Note: Jika anda merupakan wisatawan, rombongan wisata, asal Malaysia/ indonesia yang membutuhkan guide di Maroko, silahkan kirim pesan langsung kepada kami, atau kontak kami di: 
Jalan Soekarno di Maroko.

Jalan Soekarno di Maroko.

1/28/2015 Add Comment
Jalan Soekarno di Maroko.
MAROKO,  - Maroko menyajikan tempat yang unik bagi turis asal Indonesia. Ada beberapa tempat wisata yang tidak ada di Indonesia.

1. Jalan Soekarno
Jalan Soekarno ada di ibu kota Maroko, Rabat. Nama Soekarno dijadikan salah satu nama jalan utama di kota Rabat sebagai penghormatan terhadap ketokohannya, terutama peranannya dalam Kongres Asia Afrika di Bandung, Jawa Barat. Tidak terlalu sulit menemukan Jalan Soekarno. Letaknya tepat di sebelah gedung kantor pos.
Tidak ada pemandangan yang unik sebenarnya di jalan ini. Tapi saat Kompas.com mengunjungi jalan ini, sebagai bangsa Indonesia ada rasa kebanggaan tersendiri terhadap nama Soekarno. Jalan Soekarno di Casablanca adalah satu dari 3 jalan Soekarno yang ada di dunia. Dua lainnya ada di Mesir dan Pakistan.
2. Masjid Hassan 2

Masjid Hassan 2 adalah ikon negara Maroko. Letaknya di pinggir laut Atlantik, di Casablanca. Arsitek dan kemegahannya membuat Masjid Hassan 2 menjadi magnet bagi para turis mancanegara. Masjid Hassan 2 bisa menampung sekitar 25.000 jamaah di dalam dan 80.000 jamaah di luar. Masjid ini biasa ramai saat sholat jumat dan penuh saat sholat Id di hari raya Idul Fitri.
KOMPAS.COM/FIRA ABDURACHMANMasjid Hassan 2 di Maroko.
Salah satu keunikannya adalah bentuk menara masjid yang berbeda dengan masjid di Indonesia dan belahan bumi lainnya. Menaranya berbentuk kotak. Di sisinya juga banyak ukiran khas Maroko yang kental nuansa Afrika campur Arab.
3. Sahara

Tempat ini jelas tidak ada di Indonesia. Sahara atau padang pasir di Maroko letaknya di kota Merzouga, sekitar 450 kilometer dari kota Marakesh. Hamparan pasir cokelatnya mencapai 250 kilometer persegi sampai ke perbatasan Algeria. Sahara adalah salah satu atraksi utama bagi para turis. Rasanya rugi sekali ke Maroko tanpa ke Sahara.
KOMPAS.COM/FIRA ABDURACHMANTuris menunggang unta untuk sampai ke tengah sahara di Maroko.
Para turis biasa menggunakan paket tour dari Marakesh atau Fez. Untuk mencapai tengah padang pasir harus menunggang unta di sore hari karena siang hari panasnya bisa sampai 50 derajat celcius. Bermalam di tenda padang pasir dengan sajian makanan khas Maroko, Tajine. Turis juga dihibur pertunjukan musik gendang khas Maroko di tengah api unggun.

4. Kasbah Eit Beb Haddou

Kasbah adalah desa tua atau kuno bangsa Maroko ribuan tahun silam. Bentuknya bangunan perumahan kecil-kecil di atas bukit. Keunikannya adalah bangunan rumahnya dibangun dari bahan tanah liat. Makanya tak heran kasbah juga dijuluki Kota Tanah Liat. Saat ini kasbah sudah menjadi warisan budaya bangsa asli Maroko, yaitu penduduk Suku Berber. Kebanyakan sudah tidak berpenghuni lagi karena minimnya sarana penunjang hidup seperti aliran listrik dan transportasi.
KOMPAS.COM/FIRA ABDURACHMANKasbah Eit Ben Haddou, kasbah paling terkenal di Maroko dan sering menjadi tempat syuting film kolosal Hollywood.
Kasbah Eit Ben Haddou adalah kasbah yang paling terkenal. Kasbah ini letaknya di Kota Ourzazate. Kota yang terletak antara Marakesh dan Merzouga. Keindahan kasbah Eit Ben Haddou banyak dilirik produser film tersohor Hollywood. Tempat ini dijadikan tempat syuting beberapa film kolosal, antara lain:Sodom and Gomorah (1963), Marco Polo (1982), The Mummy(1999) termasuk Gladiator (2000) yang dibintangi Russel Crowe.
5. Marakesh

Marakesh memang kota turis di Maroko. Tempat yang biasa dijadikan pusat turis adalah pasar tua Djemaa El Fna. Biasa juga disebut Medina. Kawasan Medina adalah kawasan kota tua khas Maroko. Medina adalah pusat kegiatan para penduduknya, mulai dari rumah, pasar, sampai sekolah. Sekeliling Medina dibatasi dinding yang tinggi. Dahulu pintu gerbangnya selalu ditutup untuk berlindung dari para perampok. Pintu gerbang biasa hanya dibuka di siang hari.
KOMPAS.COM/FIRA ABDURACHMANPasar malam di Djemaa El Fna, Marakesh, Maroko.
Di pasar malam Djemaa El Fna hampir seratus kios makanan menjajakan beragam makanan khas Maroko. Ribuan orang baik turis maupun penduduk lokal datang menikmati malam. Banyak juga atraksi seniman menarik dengan alunan musik meriah khas Afrika.

Bagi yang mau belanja, di bagian pasarnya banyak yang menjajakan suvenir khas Maroko seperti karpet, gantungan kunci atau magnet, termasuk syal warna khas Maroko.